DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Coretan ini buat tatapan sahabat yang bergelar teman..
Bersama kita menghayati dan berkongsi pengalaman dalam mencari
rahsia diri yang sebenar...
Ketahuilah...kita semakin hampir...






MOGA KETENANGAN MILIKMU JUA.AMIN


Carilah keikhlasan didalam takbiratulihrammu, kedamaian didalam ruku'mu, ketenangan didalam sujudmu, kerana disitu terkumpul cinta Ilahi cinta yang hakiki...



ajamrompin@yahoo.com



RADIO IKIM
This browser appears to be unable to display clips inline the player.<br /><a href="mms://cyberstream.mmu.edu.my/ikimfm">&gt;Play the clip in Windows Media Player</a>


" Moga Terhibur..!
Moga selamat dan gembira bertandang ke sini ya...!



Radio Mediamuslim

Radio Mediamuslim



.:LUKISAN RASA BICARA HATI.
MENGENALI DIRI MENYINTAI ILAHI:.




SALAM...SEJAHTERA SELALU DARIKU
DI PERANTAUAN...



BERBUDI DENGAN KATA MOGA BERHIKMAH




"Dalam kesakitan teruji kesabaran..dalam perjuangan teruji keimanan. Dalam ukhuwah teruji keikhlasan..dalam tawaqal teruji ketaqwaan. Dalam kerinduan teruji kesetiaan.. dan hargailah bila bersahabat, maafkanlah bila terluka.. Fahamilah bila keliru, nasihatilah bila terleka, tegurlah bila tersilap, ingatilah bila kesunyian..itulah kehebatan ukhuwah fillah.."

~~~JALINAN UKHWAH...ABADI BERSEMI~~~

:: zainal][ :: ruhi abiddin][ :: Sin Kai][ :: Soal Hati][ :: Sokai][


~~CORETAN PERJALANAN YANG LALU~~

  • Antara
  • Puisi Dari Sahabat
  • Berpijak Di Bumimu Tuhan
  • Di sini
  • Menaruh Harapan
  • Perjalanan Ini
  • Di Sini Bicaraku Bermula
  • Berita buat teman


    SALAM RAHMAT ALLAH BUAT KALIAN..
    Tinggalkan nasihat anda di sini..!
    Moga kita dirahmati Ilahi..amin.

  •    

    << January 2012 >>
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
    01 02 03 04 05 06 07
    08 09 10 11 12 13 14
    15 16 17 18 19 20 21
    22 23 24 25 26 27 28
    29 30 31

    ...@@@...~~~SELASIHSUCI~~~@@@...


    ~~TAZKIRAH HATI~~

    ~~ HeBaTNyA UkhUwAh FiLLaH~~
    "Dalam kesakitan teruji kesabaran..dalam perjuangan teruji keimanan. Dalam ukhuwah teruji keikhlasan..dalam tawaqal teruji ketaqwaan. Dalam kerinduan teruji kesetiaan.. dan hargailah bila bersahabat, maafkanlah bila terluka.. Fahamilah bila keliru, nasihatilah bila terleka, tegurlah bila tersilap, ingatilah bila kesunyian..itulah kehebatan ukhuwah fillah.."

    SaBaR~~
    Kesabaran itu menguji ketabahan seseorang. Setiap kesabaran yang disusuli dengan keikhlasan akan menjanjikan ganjaran yang lumayan di akhirat. Sayangi diri anda terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain. Jadikanlah apa yang dilihat oleh mata itu untuk kita berfikir, dari berfikir itu rasakan dalam hati kebesaran Penciptanya.

    ~~HaWa~~
    Manusia Hawa diciptakan daripada rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjungi, dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tetapi dari sisinya, untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.

    ~~SeCeBiS dOa~~
    Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yg Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yg Engkau redhai dan masukkanlah daku dgn limpah rahmatMu dlm kumpulan hamba2Mu yg soleh....Ameen...

    ~~MaSaLaH~~
    Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan secara kebetulan atau suratan tetapi setiap masalah yang dicari mesti ada jalan tertentu bagi seseorang untuk menyelesaikannya melainkan diri sendiri yang menimbulkan masalah sendiri. Kadang2 dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu....kekadang rasanya tak mampu.... kadang2 mahu beralah.....tapi di sana ada kebahagiaan hakiki....

    amin.

    ...@@@..~~~SELASIHSUCI~~~.@@@...


    [LAGU YANG KU SUKA]


    Sakit menebang kayu berlubang
    Kayu hidup di makan api
    Salam rindu kasih dan sayang
    Buat sahabat yang datang ke sini.


    [Jom dengak lagu..]


    Miraie-Kiroro


    Biarlah Rahsia-Siti Nurhaliza

    [SAYANG & RINDU SELALU]

    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



    rss feed

    Nov 20, 2009
    MY WAY

     

    MY WAY

     

    And now, the end is near,
    And so I face the final curtain.
    My friends, I'll say it clear;
    I'll state my case of which I'm certain.

    I've lived a life that's full -
    I've traveled each and every highway.
    And more, much more than this,
    I did it my way.

    Regrets? I've had a few,
    But then again, too few to mention.
    I did what I had to do
    And saw it through without exemption.

    I planned each charted course -
    Each careful step along the byway,
    And more, much more than this,
    I did it my way.

    Yes, there were times, I'm sure you knew,
    When I bit off more than I could chew,
    But through it all, when there was doubt,
    I ate it up and spit it out.
    I faced it all and I stood tall
    And did it my way.

    I've loved, I've laughed and cried,
    I've had my fill - my share of losing.
    But now, as tears subside,
    I find it all so amusing.

    To think I did all that,
    And may I say, not in a shy way -
    Oh no. Oh no, not me.
    I did it my way.

    For what is a man? What has he got?
    If not himself - Then he has naught.
    To say the things he truly feels
    And not the words of one who kneels.
    The record shows I took the blows
    And did it my way.

    Yes, it was my way.

     

    Berakhirnya tugasku di bumi Sudan ini...


    Posted at 02:28 pm by ajamrompin
    Make a comment  

    Oct 17, 2009
    SALAM LEBARAN

    Salam Lebaran

     

    Dalam kerinduan..

    Ku sampaikan salam lebaran

    Buat insan yang bergelar teman..

     

    Hari ini mungkin kita gembira..

    Hari ini mungkin kita bergurau senda

    Hari ini mungkin kita bertegur sapa..

     

    Tapi ..mungkin kita lupa tentang semalam..

    Semalam yang telah meninggalkan kita..

    Semalam yang membawa seribu pengertian..

     

    Mungkin semalam

    Ada insan yang berduka kerana kita..

    Ada insan yang meminta simpati dari kita.

    Ada insan yang mengharap belas ihsan kita..

    Kita selalu lupa kerana kita mengejar hari ini

    Hari ini yang kita sendiri tidak pasti..

    Apakah akan ada untuk kita lagi..

     

    Jangan mudah lupa wahai teman..

    Seribu kemaafan membawa kemesraan..

    Sedikit sumbangan membawa keberkatan..

    Sedikit belas ihsan memberi seribu pengertian..

     

    Salam lebaran bersama seribu kemaafan

    Ku pohon dari kalian

    Moga Ramadhan dan Lebaran

    Akan di pertemukan lagi

    Anugerah dari yang Esa

    Untuk kita insan…

     

    Coretan sempena Syawal 2009 di Sudan.

     

     

     


    Posted at 05:36 am by ajamrompin
    Make a comment  

    Jun 27, 2009
    KEPADAMU KEKASIH

    KEPADA MU KEKASIH

     

    KepadaMu Kekasih

    Aku berserah

    Kerana ku tahu Kau lebih mengerti

    Apa yang terlukis dicermin wajahku ini

    Apa yang tersirat dihati

    Bersama amali..

     

    KepadaMu Kekasih

    Aku bertanya

    Apakah Kau akan menerimaku kembali

    Apakah Kau akan menerima penyerahan ini

    Apakah Kau akan menerimaku

    Dalam keadaan begini

     

    Hanya padaMu Kekasih

    Aku tinggalkan

    Jawapan yang belum ku temukan..

    Yang bakal aku saksikan

    Bila malam menjemputku lena beradu…

     

    KepadaMu Kekasih

    Aku serahkan

    Jiwa dan raga jua segalanya

    Apakah Kau akan menerima penyerahan ini

    Apakah Kau akan menerimaku

    Dalam keadaan begini..

     


    Posted at 05:12 am by ajamrompin
     

    Jun 21, 2009
    Masih Mencari-Ketika bertugas di Obeid-Sudan

     

     

     

    Masih Mencari

     

    Teman…

    Langkah yang perlu kita lalui

    Masih jauh…tapi kita hampir..

    Hampir yang tak pasti jawapannya

     

    Ada tika nya..

    Teman menghilang…tapi

    Sebenarnya teman itu hampir…

    Walaupun tiada di sisi..

    Siapakah yang menemani ku?

     

    Kita tahu siapa diri kita.

    Tapi adakah diri ini tahu

    Siapa sebenarnya aku itu?

     

    Kita sentiasa berteman..

    Indahnya alam ini

    Sering menemani kita..

    Jadi kita tidak kesunyian kawan..

     

    Jawapan yang ada

    Pada alam ini..

    Sebenarnya ada pada diri kita..

    Cuma..kekadang kita lupa..

    Cuma kekadang kita sibuk.

    Cuma kekadang kita leka..

    Adakah kita hampir kepadaNya.

     

    Teman..

    Marilah kita sama-sama mencari

    Dan terus mencari..

     

     

     

     

     


    Posted at 01:51 am by ajamrompin
    Make a comment  

    Jul 21, 2006
    salam buat sahabat.

    TEMAN

    Di tanah gersang ini
    Ku teruskan perjalanan
    Bersama debu-debu berterbangan
    Menemani setiap langkahku

    Hembusan angin nan kering
    Bersama perit mentari
    Namun ku teruskan jua
    Demi sebuah pengertian cuma

    Bukit bebatuan ku daki
    Melihat tanah lapang kegersangan
    Ku teringat pada mu teman
    Andainya kau di sini
    Akan ku tunjukkan padamu
    Kebesaran Ilahi ini...

    Sungguhpun kau jauh
    Akan ku khabarkan padamu
    Setiap pengalaman ini
    Agar kau jua mengerti...

    Pepohon kering ini..
    Menanti sesuatu yang tak pasti
    Namun ia tetap setia menunggu
    Ketentuan dari Ilahi..

    Teman...
    Sunyi hidupku tanpa bicaramu
    Lemah hatiku tanpa nasihatmu
    Resah hatiku tanpa khabarmu
    Pasrah langkah ku tanpa doamu..

    Terima kasih teman
    Kerna kau hadir tanpa jemu
    Memberikan sebuah pengertian
    Erti seorang sahabat sejati.

    wassalam..
    Terima kasih teman...terima kasih sayang..moga Allah membantumu diperantauan...amin..


    Posted at 10:45 am by ajamrompin
    Make a comment  

    Jul 9, 2006
    Ketika bertugas..



    SAHABAT

    Di sini..kita bertemu tanpa di duga..
    Kita bersama mengharungi cabaran dunia..
    Kalian dan aku..dengan tujuan yang sama..
    Demi sesuap rezeki dariNya

    Kita melihatnya merana..
    Meminta bantuan daripada yang berada
    Sedangkan kita kekadang lupa..
    Bahawa rezeki jua adalah dugaan dariNya..

    Kita sama-sama menghulurkan sedikit sumbangan
    Walaupun bukan dengan wang ringgit
    Tetapi cukup dengan keringat usia..
    Agar yang Esa mengetahui..
    dan tabahkan hati ini.

    Sahabat..
    Disini..kalian membuat ku gembira
    Walaupun ku jauh dari tanah air tercinta
    Ku gembira kerana pengalaman ku di sini
    Mengajarku erti kehidupan ini..
    Semoga rahsia diri yang kucari
    Akan ku temui disini..

    Ya Allah..tunjukkanlah..


    Ketika bertugas di Port Sudan


    Posted at 02:10 am by ajamrompin
    Comment (1)  

    May 23, 2006
    Port Sudan



    ANTARA


    Siang dan malam silih berganti
    Tidak jemu menjalankan tugasnya
    Kerna itu suruhan Ilahi..
    Namun aku masih mencari
    Apakah rahsia disebalik kejadian ini..

    Ku lihat bumi yang ku pijak..
    Ku pandang langit yang ku junjung..
    Ya..ada sesuatu di antara keduanya
    Yang perlu kita tahu duhai teman..
    Walaupun kita bersendirian
    Namun kita masih ditemani
    Dengan kebesaran Ilahi..

    Ku lihat laut yang luas..
    Laut yang tersimpan seribu rahsia
    Laut Merah yang dulunya cerita..
    Tapi kini nyata..
    Ku pandang daratan yang memisahkannya
    Ya Allah..kebesaran hanya milik Mu..
    Kau jadikan semuanya..
    Begitulah jua Kau jadikan..
    Antara diriku yang nyata
    Dengan AKU yang tersimpan seribu rahsia...

    Aku bermohon kepadaMu Ya Allah..
    Izinkanlah aku mengetahui rahsia
    Di antara kesemua keagunganMU...

    ketika berada di hadapan Laut Merah di Port Sudan..







    Posted at 02:15 pm by ajamrompin
    Make a comment  

    May 21, 2006
    Puisi dari sahabat..

    MENITI HARI

    Dalam meniti hari
    beningnya cahaya pagi
    selembut sutera kasih
    kicau burung menyeri
    jernih embun memikat hati
    kasihmu nan syahdu
    utusan laguan rindu
    mengalun lena mimpiku..

    Dalam meniti dhuha
    ku masih disejadah
    tanganku tadah memohon doa
    andai rezeki di langit turunkanlah
    andai rezeki dibumi keluarkanlah
    andai jauh dekatkanlah
    andai susah mudahkanlah
    Engkaulah yang maha pemurah

    Dalam meniti dinihari
    telah jauh ku melangkah
    peluh memercik sudah
    terik membahang di kepala
    ada hikmah dalam nikmatNya
    ada nikmat dalam rahmatNya
    ada limpahan kasih sayangNya
    ada mutiara takwa dalam redha

    Dalam menunggu sore ini
    biar usah kita nyatakan
    ketulusan bukan pada ungkapan
    biar usah banyak bicara
    andai ia menyiat luka jiwa
    biar ku simpan di hati ini
    ku pasti Allah mengetahui
    betapa ku mengingati dan merindui..

    Dalam menanti senja
    tetiba gerimis menyapa
    usahlah rajuk membuta
    usahlah lagi prasangka
    ku masih setia menanti
    cantiknya kunjungan pelangi
    meski sekejap aku redha
    kerana telah tersurat sudah..


    Puisi indah dari seorang sahabat..semoga sahabat bertemu apa yang dicari dalam hidup ini..

     

    Posted at 03:26 pm by ajamrompin
    Comments (44)  

    May 16, 2006
    Berpijak..di bumi Mu Tuhan




    BERMULA NYA ...


    Kini aku berada di Bumi Mu Tuhan...
    Menjejakkan kaki di tanah gersang ini..
    Namun banyak rahmatMu disini
    Yang mungkin ramai alpa dan leka
    Dengan pengaruh duniawi

    Aku terus melangkah
    Demi tugas dan tanggungjawab
    Dan aku sanggup..
    Menghadapi segala cabaran dan rintangan
    Bagi menghulurkan sedikit bantuan
    Selagi aku mampu dan berdaya

    Akan ku kutip segala pengalaman di sini
    Dan akan ku kongsi bersama..
    Untuk tatapan kalian yang bergelar teman..
    Agar dikau tahu teman...
    Dan sentiasa bersyukur
    Dengan segala rahmat dari Nya..

    Tidakkah dikau tahu teman
    Bahawa kita di uji
    Dan sentiasa di uji?

    Ingatlah wahai teman
    Dikau dan aku sama..
    Makhluk Tuhan..
    Mari kita teruskan perjalanan ini
    Bagi mencari rahsia ke agungan Tuhan..


    setelah sampai di Sudan...



    Posted at 02:50 pm by ajamrompin
    Comment (1)  

    May 12, 2006
    Khartoum-Sudan




    DI SINI


    Sebenarnya aku adalah insan biasa..
    Sama seperti kalian..
    Mencari erti kehidupan yang sebenar
    Melalui pengalaman yang mengajar
    Erti kedewasaan..
    Mematangkan fikiran..
    Dan harus tabah menempuh dugaan
    Yang mendatang..

    Syukur kehadrat Ilahi..
    Aku sampai di bumi Sudan ini..
    Pertemuan antara dua sungai
    Di Ibu Negara...Khartoum..
    Blue Nil dan White Nil..
    Yang sebelum ini
    Hanya ku dengar dan belajar melalui sejarah..

    Kini bumi ini nyata..
    Ku lihat sendiri..
    Betapa agungnya Tuhan..membawaku..
    Menjejaki pengalaman dan mencari..
    Rahsia diri yang sebenar..

    Ya Allah..
    Dalam kedamaian dan ketenangan ini..
    Izinkanlah aku mengenal diri ini...
    Mencari rahsia Mu yg Maha Agung...

    Ketika berada di ruang udara Khartoum-Ibu Negara Sudan..

    Posted at 02:19 am by ajamrompin
    Comment (1)  

    Next Page